Comodo SSL
Newsletter / Article

11 ALASAN PENIAGA TEMPATAN PATUT MEMASUKI PASARAN LUAR NEGARA

11 Alasan Kenapa Anda Patut Melebarkan Sayap Perniagaan Anda Ke Luar Negara.

Ada banyak sebab untuk anda memasuki pasaran luar negara. Pertama, kerana peluang perniagaannya adalah lebih luas. Jika syarikat anda telah mendominasi sektor pasaran dalam negara, langkah seterusnya untuk mengembangkan perniagaan anda adalah dengan memasuki pasaran luar negara pula.

Kedua, menjual barangan dan perkhidmatan anda pada harga yang lebin tinggi di pasaran luar negara dengan menggunakan tenaga buruh dan bahan tempatan yang lebih murah adalah satu tindakan yang bijak dan masuk akal.

Ketiga, pasaran luar negara dan integrasi ekonomi antara negara menyebabkan syarikat anda terpaksa bersaing dengan syarikat asing di pasaran domestik. Jadi syarikat anda perlu lebih agressif bukan sahaja untuk mempertahankan perniagaan domestik anda tetapi juga untuk bersaing di pasaran luar negara.

Keempat, pasaran luar negara boleh menyumbang sumber pendapatan yang baru dan pulangan yang lebih tinggi ke atas pelaburan anda. Ia boleh membuahkan kejayaan jangka panjang kepada syarikat anda. Kini, internet membolehkan perniagaan anda menjangkau ke seluruh dunia dengan mudah.

Kelima, jika pasaran tempatan sudah tepu, anda perlulah melebarkan perniagaan anda kepasaran luar negara. Pergi ke pasaran yang mudah dimasuki dan sudah terdapat pembeli yang inginkan produk atau perkhidmatan anda.

Keenam, salah satu cara untuk mengatasi pertumbuhan pasaran domestik yang lembab adalah dengan cara pelesenan dan francais perniagaan anda di luar negara.

Ketujuh, dengan mengambil langkah pertama memasuki pasaran luar negara berbanding pesaing anda, anda dapat mengatasi pesaing anda kerana prestasi pasaran anda adalah lebih luas dan baik berbanding pesaing anda.

Kelapan, lebih banyak jumlah produk yang anda kilangkan sebulan untuk menampung permintaan dari pasaran baru di luar negara, lebih murah kos pengilangan bagi setiap produk yang anda kilangkan untuk bulan itu.

Kesembilan, e-dagang membolehkan pelanggan di seluruh dunia menjumpai produk anda dengan mudah, dengan syarat anda menyenangkan untuk mereka menemui produk anda. Jika terdapat konsentrasi pertanyaan yang tinggi bagi produk anda, masuklah ke dalam pasaran itu walaupun di luar negara. Anda mungkin tidak dapat menjangkakan kematangan pasaran luar negara itu hanya berdasarkan kawasan geografinya, hanya penduduk di luar negara itu boleh memberitahu anda jika terdapat permintaan bagi produk anda di sana.

Kesepuluh, untuk melindungi perniagaan anda dari turun naik pasaran disebabkan jualan bermusim. Masuklah ke pasaran asing untuk mengatasi penurunan harga dalam permintaan domestik, contohnya, jika anda dapati selepas meningkatkan pengeluaran produk sebagai persiapan untuk musim cuti di hujung tahun, kemudian anda sedari penjualan menurun pada bulan Januari. Carilah pasaran baru di negara yang ada musim belian yang tinggi di awal tahun.

Kesebelas, memasuki pasaran luar negara adalah menyeronokkan. Bukan sahaja anda dapat berhubung terus dengan ramai orang di seluruh dunia, tetapi anda juga ada alasan untuk berjumpa bakal pelanggan anda secara berdepan bagi mengeratkan hubungan dengan bakal pelanggan dan mengembangkan pernigaan anda.

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Compare items
  • Total (0)
Compare
0
%d bloggers like this: